Tuesday, December 18, 2012

KELEBIHAN DUDUK DALAM MAJLIS ILMU

Dari Ceramah Ustaz Zahazan...  Kelebihan duduk dalam majlis ilmu

  1. Sakinah iaitu ketenangan...
  2. Allah terima doa malaikat terhadap mereka..
  3. Allah beri ampunan kepada mereka atas doa para malaikat
  4. Allah Menyebut nama mereka kepada makhluk-makhluknya yann mulia (malaikat)
Pujilah Allah jika kita cenderung berbuat amal baik... dan jika tidak berbuat baik sebenar diri kita yang perlu dicela... istighfarlah.

Wallahu a'lam

Dosa Menghijab Hati

Beberapa hari lalu saya mendengar ceramah di You Tube. Bagus juga. Kata penceramah dosa umpama satu hijab yang menutup hati kita. Umpama berjalan dimalam yang gelap, jalan sebenarnya ada tetapi oleh kerana kegelapan itu kita terpaksa meraba-raba dalam kegelapan. Begitu dosa-dosa itu merosakkan hidup kita.

Begitu juga masalah kita insyallah bertaubat dapat membersihkan hati dan untuk menyelesaikan bermacam-macam masalah.

Wallahu'alam.

5 PERKARA - MENDAPAT KEMURNIAN HATI

Hari ini 19 Dec 2012 .. Dengar Ceramah You Tube dari Ustaz Zahazan.. Masyallah.. Alhamdulillah.. Dapat Tip 5 Perkara yang boleh diamalkan untuk memperbaiki hati..
 
  1. Tadabbur Al Qu'ran. Jadikan Al Quran pakaian kita. Setiap solat 2 mukasurat, sehari 10 muka surat,sebulan 200 mukasurat. 1 juz 20 mukasurat. 3 bulan 600 mukasurat, iaitu 30 juz. Insyallah, khatam setiap 3 bulan, bermakna setahun 3 kali.
  2. Qiyammul lail ... solat malam
  3. Istighfar - Rezeki, kebun, anak macam-macam insyallah diperolehi. 70 atau 100 kali sehari.
  4. Puasa sunat - Iaitu Solat dan Puasa (Sabar)
  5. Sentiasa/Duduk bersama orang soleh. Bawalah anak-anak berjumpa dengan orang soleh dan mintalah doa mereka.
 
Wallahu'alam,.
4.

Wednesday, December 12, 2012

PENGENALAN.. DAN AKU MULA MENCARI KESUCIAN HATI

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah SWT.

Subhanallah.. Mahasuci Allah yang telah memberikan kekuatan untuk menulis blog ini.
Tujuan blog ini adalah untuk merekodkan perkara-perkara yang berlaku, telah berlaku dalam menjalani kehidupan ini, lebih-lebih lagi untuk tujuan memperbaiki diri ini, semoga dapat keredhaan Allah.
Insyallah.. tujuannya adalah untuk mengingatkan diri ini dan mencatatkan peristiwa dan perkara yang berlaku dan perkara yang akan dilakukan untuk perbaiki diri.

Mudah-mudahan dipermudahkan Allah.